Friday, October 21, 2016


" Dalam dunia ni satu je kita kena ingat.
Tak semua apa yang kita nak, kita akan dapat.
Tak semua yang kita hindar, dapat dihindarkan.
Siapalah kita, hanya manusia yang kerdil ini.
Yang akan sentiasa tersilap langkah.

Bila kita sedar langkah yang salah, kita cuba untuk undur,
tapi sebenarnya kita salah, kita tak perlu undur,
kita patut teruskan perjalanan tapi bukan jalan yang awalnya tadi,
ubah haluan kita.
Ulang, ulang dan ulang sampai kita pasti itu jalan untuk kita.
Untuk kita terus jadi seorang yang kita impikan,
yang kita idamkan.

Kita tak lari dari kesilapan,
Mohon Allah tunjukkan jalan terbaik buat kita.
Allah maha pengampun.
Mohon ampun dariNya dan teruskan perjalanan yang baru.
Sampai bila kita nak hidup di takuk yang lama?
Sampai bila kita nak mengeluh?

Cuba dan teruslah cuba untuk jadi yang terbaik untuk diri sendiri,."

No comments:

Post a Comment